AKU ada SATU keluarga yang sangat aku sayang
tanpa mereka siapalah aku
tanpa mereka juga tak bermaknalah hidup aku ini.
AKU ada SATU cinta yang selalu membahagiakan
dengan dia AKU dilindungi
saat susah senang sentiasa bersama
Pahit manis semua dengannya
AKU ada SATU sahabat sejati
dari tadika hingga ke masa ini
walau berjauhan sentiasa diingati
persahabatan yang terjalin tak mungkin aku lupakan
AKU ada SATU teman istimewa
teman yang sentiasa bersama dengan aku
tanpa dirinya bagaimanalah diriku
walaupun ketara perbezaannya
aku tetap menyanyanginya
kerana dia begitu memahami aku
AKU ada SATU kawan baik
kawan yang tak pernah tinggalkan aku
gelak tawa aku dia yang tahu
susah senang aku dia yang bantu
AKU ada SATU kasih
kasih dari tiga orang teman
dengan mereka
aku bahagia
aku ceria
tawa duka aku mereka yang lihat
saat ini AKU hanya ada SATU
keluarga, cinta, sahabat,teman baik, kasih
kalau AKU hilang SATU darinya
tak lengkap hidup AKU
No comments:
Post a Comment